Hawa Nafsu mu Di Mana...

Hawa nafsu manusia kalau islam baka,maka manusia ini tidak dapat memastikan bahawa ada nafsu yang terlarang,yang mereka faham hanya nafsu besar sahaja,iaitu amarah,tetapi mereka melakukannya jua.


Manakala nafsu peringkat lawamah,hanya dikenali oleh mereka yang cuba mendekatkan diri kepada Allah,iaitu islam baka yang cuba memahami diri dan mencela diri bila hendak melakukan yang mungkar,tetapi masih lagi memengang amalan hawa nafsu yang tersembunyi.Masih lagi tidak dapat menyelam hukum Allah sepenuhnya.
Masih lagi belum faham keadaan diri dan pencipta.

Hanya manusia yang islam bakanya hilang terus,lenyap dari jiwanya barulah dia memahami apa itu tingkatan nafsu.Bagaimana nak menghilangkan islam baka?Atau apa itu islam baka?Islam baka adalah manusia yang dilahirkan dalam kelompok nur islam,di mana rohnya dicampakkan ke dalam rahim seorang islam,maka bila dilahirkan,manusia itu adalah berketurunan mengikut keturunannya,tetapi islam yang di bawa oleh ibunya tadi dengan rahmat Allah,maka ia beragama islam,tetapi manusia ini tidak mahu mendalamkan ilmu tauhid,fiq hadis dan sebangainya,maka jadilah ia islam baka.

Islam baka ini tidak faham kenapa perlu solat,mereka hanya melakukan saja,tanpa kaji dan faham hakikat solat.Ini baru bab solat,belum lagi bab lain.

Kamu faham dan cari serta kaji,berapa ramai islam baka di sekeliling kamu.

Maka disarankan di sini,carilah guru atau ustaz yang benar-benar zuhud kepada Allah,bukan pada ustaz atau guru yang cintakan dunia,baru kamu akan faham apa itu islam yang sebenarnya,bukan ustaz atau guru yang ada sijil dan tauliah,tetapi guru atau ustaz yang berkeyakinan dengan hukum Allah dalam Al – quran,yang tidak menolak langsung apa yang Allah khabarkan,umpamanya persoalan hudud sebagai contoh.
Hudud ciptaan Allah.

Di sini disusunkan peringkat hawa nafsu untuk di kaji.

Nafsu Ammarah @ Tirani

Nafsu Lawamah @ Penuh Penyesalan

Nafsu Mulhamah @ Terilham

Nafsu Muthmainnah @ Tenteram

Nafsu Radliyyah @ Redha

Nafsu Mardliyyah @ Diredhai Tuhan

Nafsu Kamilah @ Suci