Ketahuilah akan hatimu

Sewaktu kamu tahu dan mendengar perintah Allah samada larangan atau suruhan,jika hatimu tetap takut dan risau serta kamu ingin mencari jalan agar Allah redha,maka kamu sudah pun membuang nafsu badaniah,syahwah dan haiwaniah.sekiranya kamu hanya gentar sewaktu ilmu itu kamu ketahui,dan selepas itu kamu lalai kembali,maka kamu belum berjaya membuang nafsu badaniah dan belum lagi kamu memisahkan antara nafsu dan ilmu serta akal yang beriman,tetapi jika kamu langsung tidak rasa apa-apa perasaan kamu terhadap segala tuntutan Allah,maka hati kamulah yang menguasai nafsu badaniah,syahwah dan haiwaniah.
Ketahuilah olehmu bahawa penolakkan hukumNYA walaupun satu hukum,maka terkeluarlah kamu dari landasan islam yang sebenarnya.

Ajarkan hati-hati yang ada melalui hatimu kepadaNYA

Apabila ada ternampak olehmu akan kesalahan yang dilakukan oleh insan yang bernama hamba Allah,maka secara jelas mahupun tersembunyi,maka kamu betulkan,ajarkan dengan nama Allah,melalui pandangan hatimu,bukan dengan bisikan syaitan,ajarkan mereka supaya mereka jua nampak dan rasa kehebatan Allah di hati mereka.Janganlah kamu menghukum mereka dengan nafsumu,kelak kebencian dari Allah yang akan kamu perolehi.
Sekiranya kamu hilang upaya menyampaikan,maka kamu berdoalah agar mereka memahami kebenaran islam di kaca mata akal dan hati mereka.

Kuatkan hatimu

Pabila kamu yakin apa-apa yang terjadi itu dari Allah,maka sesudah kamu memahami dirimu,setelah jua kamu membuang nafsu badaniah,haiwaniah dan syahwah,maka kamu akan terus di beri jalan yang mudah dan senang di kala hatimu bermohon keampunan mahupun hajat kepadaNYA.
Kamu fahamlah dirimu dahulu,untuk apa kamu diciptakan,kenapa kamu dimatikan dan kenapa kamu diberi ujian.Hal ini akan menundukkan nafsu kamu dan kembali kepadaNYA.
Ingatlah wahai saudaraku,bahawa neraka itu ada,namun syurga itu atas redhaNYA.

Kenal hati dalam hatimu

Apa-apa yang berlaku selepas ramadhan terhadapmu,melainkan ianya memberi kesan yang baik,maka kamu berjaya meningkatkan hatimu kepada Allah,itulah yang dikatakan oleh Allah "moga-moga kamu bertaqwa".
Semoga kamu membawa apa yang terkandung dalam ramadhan itu hingga bertemu ramadhan yang akan datang.Sekiranya kamu masih lagi belum berubah caramu,maka berusahalah untuk mencapai dengan membuang sifat badaniah.

Bukalah minda hatimu

Apa-apa yang kamu terima dari Allah tetapi bukan kepada kehendakmu,maka kamu wajib terima dengan kesabaran dan terus menerus memujiNYA dan mencari jalan keredhaanNYA.Sebaliknya kamu menerima sesuatu yang ada intipati kepadamu,maka kamu wajib pula memberi kembali kepada jalanNYA serta terus menerus memberi perjuangan membela agamamu.

Hati yang bersyahdu

Pabila menjelang waktu mahgrib nanti maka menitislah air mata cinta kepada Allah S.W.T. kerana ramadhan pergi meninggalkan kamu,ramadhan muncul selagi mana Allah kurniakan,namun adakah kamu akan dapat bersamanya di masa hadapan?Oleh itu mengharaplah kamu kepadaNYA agar kamu berada dalam keimanan dan ketaqwaan sejati.
Kamu bawalah apa yang terkandung dalam ramadhan ini untuk bertemu pula ramadhan yang akan datang,lawanlah hawa nafsumu,kawallah hatimu,jagalah disiplinmu,jagalah imanmu,penganglah tali tariqat puasamu,yakinlah hatimu sebagaimana kamu yakin dalam ramadhan kepada Allah sehingga kamu menemuiNYA.
Tiada tali yang kamu boleh harapkan,jika kamu berharap kepada ciptaan hambaNYA,kamu akan mati dalam kekufuran,maka kamu ambillah tali pergantungan hanya Allah di hatimu.
Semoga kamu mendapat segulung ijazah kehambaan dan kedambaan kepada Allah untuk ramadhan kali ini.

Celik hatimu

Jika segala halangan dan hutang kita kepada Allah selesai,maka mudahlah doa dimakbulkan,taqdir dari Allah,sesungguhnya kamu kena bijak mentadbir,tetapi ingatlah bahawasanya taqdir mengatasi tadbir.

Allah di hatimu,beriman lagi bertaqwa

A026





Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).


Kamu fahamkan ayat Allah ini,bahawa kamu wajib berpakaian pada keseluruh jiwamu kepada pakaian taqwa,bermaknanya kamu wajib faham,andainya kamu masih lagi mengharapkan Allah memahamimu,penolongmu dan cukuplah Allah bagimu,tetapi kamu belum lagi memahami,mencari,mempelajari akan hak Allah,bagaimana kamu boleh mengharapkan bahawa Allah penolongmu?Jiwakan hati kepada jalan tauhid,redhakan apa jua yang diberikan,sesungguhnya Allah sayang kepada semua ciptaanNYA,tetapi di sana nanti ada dua jalan,yang disayangi satu jalan,yang dikasihi satu jalan.


Berlajarlah mengenal Allah sesungguh hatimu,barulah kamu faham erti hamba yang sebenar,bukan hanya meniti di bibir sahaja,malah sampai ke lubuk jiwa yang mendalam,maka terpisahlah antara nafsumu dengan akal yang beriman.Setelah berpisah maka kamu teruskan ke langkah akal yang bertaqwa yakni akan sampai ke kemuncak ini bila hatimu sudah ada Allah senantiasa dan secara automatik hatimu akan menolak pekara yang mungkar dan sia-sia.

Redhakan di hatimu

Apa-apa jua yang Allah kurniakan kepadamu,maka kamu terimalah walaupun ianya bukan pada kehendakmu,umpamanya jua barang yang diberikan kepadamu,bila berlaku sesuatu yang kamu tidak inginkan maka pertamanya kamu wajib tundukkan nafsumu,dan katakan pada lisan dan hatimu bahawa ianya telah pun di ambil kembali setelah Allah pinjamkan.Berpakaianlah hiasan ketaqwaan seperti yang Allah mahukan di hatimu.