Kalimah Toyyibah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi amat pengasih

Firman Allah dalam surah Ibrahim:
Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik (kalimah toyyibah) adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24)
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25)
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26)

Dalam ayat di atas Allah s.w.t memberi perumpamaan kepada kita,apakah bezanya perkataan yang baik oleh orang-orang yang beriman dengan mereka yang tidak beriman…

Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a..
Apakah perkataan yang baik di maksudkan dalam ayat di atas adalah kalimah Tayyibah adalah ucapan LailahaillAllah…dimana kalimah ini di dokong oleh pokok yg baik (shajaratin toyyibah) iaitu mereka yang beriman…dimana kalimah toyyibah ini menjadi tunjang kepada pokok tersebut..akar tunjang yang tiada goyah lagi….
Manakala cabang pohon kepada pokok tersebut menjulang ke langit.. membawa makna bahawa segala amalan orang yg beriman itu naik ke langit dan diterima oleh Rabbnya…Seperti yang lazim didalam kitab Allah ini, Allah memberi perumpamaan pula kepada kita dengan kata-kata jahat dan buruk daripada orang-orang yang tidak beriman, mereka ini seperti pokok yang lemah tidak stabil dan tiada asas dan sudah pasti amalan-amalan mereka tidak akan diterima oleh Rabbul Alamin…
Alhamdulillah Allah memilih kita untuk berada dalam kenikmatan Islam dan Iman…Marilah kita meneguhkan akar tunjang kita dengan penuh yakin kepada kalimah Tayyibah tersebut…Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah…dengan akar tunjang yang kukuh akan membantu dahan-dahan untuk menjulang ke langit dengan meriahnya…adakah kita semua mempunyai akar tunjang sungguh kukuh seperti dalam ayat diatas? Atau berulat dan berkulat dek zarah - zarah kuman-kuman isme yang menular di dalam batang pokok kita? Isme daripada sekularisme, nationalisme, patriotisme, materialisme, sosialisme yang mengabui keislaman penuh kepada deen ini… Adakah kita bebas daripada segala kuman-kuman ini?
Sesekali kita perlu merembat jauh kedalam lubuk hati masing - masing, mengintai-intai semoga akar kita segar dan padu dengan zikkurlah kepadaNya, tegap serta tiada berbelah bahagi, hanya DIA dan DIA serta DIA sahaja yang kita letak di kolam hati kita, tinggi daripada segala apa yang ada, dan tiada Iilah-ilah lain yang cuba merosakkan akar kita.Amin.