Fahamlah islam akan dirimu

Jika kamu katakan bahawa bersatu akan bangsa dan maka selamatlah islam,sesungguhnya kamu sudah silap bertariqat,tetapi jika kamu katakan islam dahulu yang wajib didaulatkan,maka kamu sudah pun berjalan pada jalan perjuangan ahli sufi dan ulamak.

Katakan pada diri dan hatimu


Beritahulah diri kamu bahawa kamu faham perkataan ini,bertaqwa pasti beriman,beriman pasti islam,dan beritahulah diri kamu supaya bezakan serta faham maksudnya perkataan ini,islam belum tentu beriman,dan sudah tentu tidak akan bertaqwa.Semoga kamu lebih faham apa maksud hidup kamu kepadaNYA.

Perangi masa kamu


Bila hati kamu banyak dipenuhi dengan kerja dunia,maka kamu akan tahu bahawa penghayatan  terhadap kerja-kerja di jalan Allah akan tersekat lagi akan terhimpit.
Cubalah untuk masukkan kerja dunia itu ke dalam agama kamu,bukannya kamu masukkan agama  kamu ke dalam kerja kamu.Ini bermakna wajib bagi kamu melebihkan akhirat dari dunia.Demi masa manusia dalam kerugian,yang bersolat,berhaji,sedekah dan berzakat,melainkan mereka yang beriman,beramal soleh,berpesan kebenaran dan bercakap yang hak Allah kepada manusia.

Hati binasa atas kesombongan


Kesombongan yang ada pada kamu sebenarnya bukan milik kamu,walau tinggi mana pun pangkat kamu di dunia,kamu tetap hina.
Jika kamu ingin meneruskan jua kesombongan,maka kamu sebenarnya meletakkan dunia di hadapan kamu,bukan lagi akhirat.
Jadi kamu fahamlah dengan akal kamu,bahawa kamu adalah manusia bukan dari ahli yang mengingati mati.

Siapa imam kamu


Banyak jalan akhirat yang kamu boleh ambil,tetapi kamu masih jua hendak mencari yang kepalsuan,kamu faham bahawa dunia hanya pinjaman,tetapi yang pinjam itu kamu berusaha sungguh untuk capai matlamat kamu hanya dunia semata-mata.
Kamu letakkan nafsu sebagai imam kamu,kamu buang akal dan iman sebagai makmum kamu.Fahamlah bahawa kamu telah sesat jalan ke akhirat.

Tanda kamu kenal diri


Sekiranya kamu tidak merasakan dunia ini tidak memberi apa-apa keuntungan melainkan ingatan kamu hanya kepada Allah semata-mata,maka untunglah kamu,kerana kamu sudah kenal diri dan kenal Allah.Dunia ini kamu jadikan sebagai jambatan untuk ke akhirat.Jangan kamu jadikan dunia ini sebagai jambatan untuk nafsu kamu.

Jalan kembali


Apabila kamu menjangkau umur lewat 40an,maka tolehlah kamu ke belakang kembali,lihat apa yang kamu kerjakan selama ini.Adakah ianya berfaedah atau sebaliknya,tetapi jika kamu kekal jua dalam erti tidak mahu berubah dan memahami kehendak hidup sebagai hamba kepadaNYA,maka kamu akan kekal dalam kejahilan dan kesesatan.

Dirimu dan jalanNYA

Dalam kamu mencari yang berharga untuk diri kamu,maka kamu jua harus ingat bahawa kamu jua wajib mencari untuk ke akhirat.Kalau jalan yang kamu ambil itu hanya untuk dunia sahaja,maka kamu hentikan,sebaliknya carilah jalan yang ke arah akhirat dahulu baru ke dunia.

Taat sajalah kepada Allah

Kamu katakan yang Allah mengatur hidup kamu,tetapi kamu cuba juga hendak melawan konsep ketuhanan,kalau benar kamu kata Allah segalanya,maka taqwa sajalah kamu kepadaNYA.Kenapa membuang masa untuk tidak taat kepada Allah.Carilah Allah.

Duduk dalam solat

Hal ini jika kamu faham akan diri kamu kepada Allah,maka sejahteralah kamu sebagai hamba Allah yang sejati,kamu hendaklah memfokuskan nikmat kehidupan ini kepada Allah semata-mata.
Fahamlah kamu bahawa duduk dalam solat itu adalah mengingati Allah sentiasa dalam hidup kamu.
Jadi setiap pekerjaaan kamu dan perbuatan kamu hendaklah senantiasa dalam patuh dan tunduk kepada Allah.