Bagaimana kamu takut kepada Allah...

Kamu kata kamu takut kepada Allah dan kamu kata kamu amat merasa nikmat Allah.Benarkah?
Manusia akan merasa takut,taat,tunduk,nikmat kepada Allah hanya selepas di uji.Sepatutnya kamu merasa dahulu sebelum kamu di beri ujian,bala dan seumpamanya.Ini baru hamba yang sejati.

Kamu kata yang kamu sudah beriman,dan faham diri kepada Allah,tetapi kamu masih lagi bermaksiat kepada Allah,Allah bukan untuk dimaksiati,tetapi untuk di taati.
Kamu rasa akan Allah pandang kamu bila kamu kesunyian,bila ada kematian,bila ada sesuatu pemberian baik yang kamu terima.
Tidak malukah kamu,sepatutnya kamu merasakan takut sentiasa kepada Allah,dan selalu ingat bahawa Allah pandang kamu?

Fikirkan..bila kamu berkejaran pada dunia,maknanya kamu wajib tahu di mana pula akhirat kamu.

tunjuk kepada Allah

Apa - apa yang kamu lakukan atau memikirkan bahkan perkataan kamu,hendaklah kamu tunjukkan kepada Allah terlebih dahulu.Bermakna kamu harus dan wajib mendengar dahulu kata - kata Allah sebelum kamu membuat sesuatu.Samada Allah suka atau tidak,bukannya kepada manusia.

Begitulah kamu dan hatimu

Apabila kamu banyak pada sayangnya dunia atau badaniah,ketahuilah yang kamu sebenarnya telah sayangkan anak isteri dan kecintaan kebendaan,jadi kamu telah pun faham bahawa kamu telah jauh dari aqidah diri kamu sendiri kepada Allah.Semua itu hanya pinjaman sahaja kepada kamu,tetapi kamu sangat berharap pada pinjaman,bukan redha Allah.Siapa kamu yang sebenarnya bila bertanyakan kepada diri sendiri?Sudah tentu kamu sendiri yang tertanya-tanya nanti di alam kematian.Pentingkan Redha Allah,bukan matlamat kamu.Pentingkan hak Allah,bukan hak kamu.

Usiamu

Jika kamu merasakan umur kamu meningkat,maka wajib bagimu mengenal perjalanan hidupmu ke mana dan di mana kamu akan berhenti,tetapi jika kamu tidak tahu bahawa umur kamu meningkat,maka kamu akan banyak berdepan dengan nafsu badaniah dan haiwaniah.Nafsu yang mengajak kamu ke dunia,dan kamu masih belum lagi mengenal sebenar-benarnya siapa kamu yang sebenarnya kepada Allah.

Ke jalan hakikat


Dalam kamu mengejar cita-citamu mencari keredhaan Allah,kamu lupa untuk memahami apa kehendak Allah terhadap kamu,sebaliknya kamu tetap memohon kepada Allah untuk memenuhi kehendak kamu.
Setiap hamba Allah wajib membuang nafsu badaniah,supaya beroleh jalan ke akhirat,hendaklah membuang nafsu shahwah agar beroleh jalan ketenangan di dalam pencarian kamu di jalan Allah.Bahkan kamu perlu membuang nafsu haiwaniah agar segalanya tunduk setunduknya kamu kepada Allah.
Maka kamu akan ketahui apa itu kehendak Allah terhadap diri kamu.
Di sini baru kamu boleh memisahkan nafsu dan iman.