Tajamkan hatimu

Janganlah engkau berkata sesuatu atau membenci sesuatu tanpa kebenaran dari Allah,umpamanya kamu membenci pada bukan hukum Allah,kamu wajib membenci apa yang Allah tidak suka,umpamanya terkandung dalam kalamNYA.

Benarkan hatimu

Kamu faham bahawa Allah lah penolong bagi kamu dan Allah sebagai pelindung kamu,benarkan hatimu luruskan saf hatimu ke jalanNYA,jangan pula kamu sekadar iqrar sahaja tetapi kamu tidak menolong ke arah agama Allah.Janganlah kamu batalkan aqidahmu yakni melawan arus apa yang diperkatakan oleh kalamNYA.

Hati yang munafik

Kamu kenal dahulu hati yang sah akan munafiknya,jadi kamu jangan pula bersama hati yang sah akan kemunafikkannya,berdoalah kamu agar kamu berada dalam hal sesungguhnya islam sejati.Hati yang ada sifat munafik telah pun memakan segala kebaikkan yang kamu curahkan kepadaNYA.Beramalan tetapi munafik.
Sia-sia kamu beramalan.

Dari hati ke hati

Telah datang padaku untuk sampaikan kepadamu bahwa suatu malam aku didatangi lalu ditanyakan dua soalan,pada malam yang hening,pertama apakah perkataan yang Allah suka dengar,,kedua apakah perkataan yang nabi suka dengar dan gembira.Lalu aku menjawab dengan jawapan nafi isbat,maka berlalulah ia dengan satu perkataan,yakni benar.Maka aku ingin nyatakan kepadamu bahawa perkukuhkan kenyataan iqrar dan jiwamu kepadaNYA.

Akal,iman dan hatimu

Dalam kamu mengerjakan amalan suruhan Allah kepadamu,adakah kamu tahu bahawa ada lagi yang akal kamu menafikan hukum dan hak Allah?Terjadi hal ini kerana hati kamu yang tidak di jaga dan di ikat dengan kalimah yang satu,kamu iqrar di lidah tetapi kamu tidak meletakkan di hati apa itu yang diucapkan kerana kamu tidak menajamkan akalmu dengan ilmu Allah. 

Lihat dan kaji hatimu

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ
Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” 
 Fahamlah kamu bahawa puasa terletak dalam susunan ketiga dalam rukun islam,jika di tempat ketiga kamu belum selesai kepada hakikat kepadaNYA,mana mungkin kamu dapat mencapai hal zakat dan berhaji,kerana kamu belum sempurna makna sebenar solatmu,kerana jua kamu belum faham hakikat bersyahadah.

Memahami hati ke jalanNYA

Pabila kamu mempunyai hati yang ingin ke arah Allah,maka kamu dapat mengenal diri dan insan lain melalui pandangan mata hati,kamu hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada Allah di dalam hati kamu.Maka kamu dapat kenal insan yang mana syariat dan yang mana hakikat perjalanannya kepadaNYA.Kamu hendaklah ingat bahawa amalan yang berlandaskan syariat dan syiar pada diri kamu,kamu tidak sampai ke mana pun,dan kamu tiada mata hati.