Kalimah Toyyibah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi amat pengasih

Firman Allah dalam surah Ibrahim:
Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik (kalimah toyyibah) adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24)
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). (25)
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. (26)

Dalam ayat di atas Allah s.w.t memberi perumpamaan kepada kita,apakah bezanya perkataan yang baik oleh orang-orang yang beriman dengan mereka yang tidak beriman…

Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a..
Apakah perkataan yang baik di maksudkan dalam ayat di atas adalah kalimah Tayyibah adalah ucapan LailahaillAllah…dimana kalimah ini di dokong oleh pokok yg baik (shajaratin toyyibah) iaitu mereka yang beriman…dimana kalimah toyyibah ini menjadi tunjang kepada pokok tersebut..akar tunjang yang tiada goyah lagi….
Manakala cabang pohon kepada pokok tersebut menjulang ke langit.. membawa makna bahawa segala amalan orang yg beriman itu naik ke langit dan diterima oleh Rabbnya…Seperti yang lazim didalam kitab Allah ini, Allah memberi perumpamaan pula kepada kita dengan kata-kata jahat dan buruk daripada orang-orang yang tidak beriman, mereka ini seperti pokok yang lemah tidak stabil dan tiada asas dan sudah pasti amalan-amalan mereka tidak akan diterima oleh Rabbul Alamin…
Alhamdulillah Allah memilih kita untuk berada dalam kenikmatan Islam dan Iman…Marilah kita meneguhkan akar tunjang kita dengan penuh yakin kepada kalimah Tayyibah tersebut…Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah…dengan akar tunjang yang kukuh akan membantu dahan-dahan untuk menjulang ke langit dengan meriahnya…adakah kita semua mempunyai akar tunjang sungguh kukuh seperti dalam ayat diatas? Atau berulat dan berkulat dek zarah - zarah kuman-kuman isme yang menular di dalam batang pokok kita? Isme daripada sekularisme, nationalisme, patriotisme, materialisme, sosialisme yang mengabui keislaman penuh kepada deen ini… Adakah kita bebas daripada segala kuman-kuman ini?
Sesekali kita perlu merembat jauh kedalam lubuk hati masing - masing, mengintai-intai semoga akar kita segar dan padu dengan zikkurlah kepadaNya, tegap serta tiada berbelah bahagi, hanya DIA dan DIA serta DIA sahaja yang kita letak di kolam hati kita, tinggi daripada segala apa yang ada, dan tiada Iilah-ilah lain yang cuba merosakkan akar kita.Amin.

Ke mana tujuan pejabat agama dan agamanya??

Assalamualaikum..

Memohon keampunan dari Allah yang Maha Esa,dengan nama Allah yang amat pemurah lagi pengasih di dalam negeri duniawi dan amat penyayang di negeri akhirat.

Di dalam kita mengetahui selok belok kehidupan atas kurniaan Allah,harus kita mengikut segala perjalanan rukun hukum yang tersedia ada.Apakah yang dikatakan halal,apakah yang dikatakan haram,apakah yang dikata bida'ah serta seterusnya kita wajib mengikuti kesemuanya perintah dan larangan dariNYA,barulah kita dikatakan hamba yang sehamba - hambaNYA.
Pada dasarnya kita pun ada garis panduan hidup yang telah Allah ciptakan untuk hambanya,namun kekurangan dan tidak ambil pusing persoalan hukum,maka syariat islam boleh di bentuk bagi mengatasi sesuatu masalah yang timbul berdasarkan fakta dalam kalam Allah.Kalam Allah di baca sahaja setiap hari,namun beberapa hamba sahaja yang paham kandungan yang dinukilkan dan yang difirmankan.Sesungguhnya dalam keadaan ini saya ingin menyatakan suara rasa atas nama hamba Allah untuk sesama kita hambaNYA.

Jangan kita kelirukan fakta,jangan kita susahkan perjalanan fakta,jangan kita tambah fakta dalam apa yang di kandungkan oleh Allah dan rasulnya dalam urusan agama.Pasti ada yang kecundang nanti dalam perjawaban kepada yang Esa di sana kelak.

Nyatakan yang benar,bukan atas dasar hukum akal yang tiada kesampaian kemana pun hatta ke langit pertama pun.
Iman kita harus teguh,kuat,dinamik seperti mana senapang yang memuntahkan pelurunya,pasti tepat kepada sasarnya,terus merobek apa saja yang di hadapannya,begitu jua iman kita,harus utuh,tiada gentar dengan apa saja yang mendatang,asalkan ianya suruhan Allah,maka begerak jua walaupun halangan menanti di hadapan.

Bagaimana pulak intituasi agama kita pada hari ini?apabila kita memperkatakan pejabat agama,atau apa saja yang tertulis AGAMA atau pun ISLAM,maka sudah tentu kotak pemikiran manusia menjuruskan kepada pokok atau sudut hukum,undang - undang dan perlaksanaannya.
Tetapi apakah mengikut kehendak hukum Allah?Pakaian kita mencerminkan apa yang ada pada diri kita,bila kita melangkah ke pajabat agama,pandangan kita tertumpu kepada panel board yang tertera " sila tutup aurat " dan berpakaian kemas serta perbagai ayat yang menjurus kepada penutupan aurat amnya.

Di dalam pejabat,adakah kita nampak tutup aurat semuanya?Kalau setakat memakai tudung tiga segi,kaki tidak berstokin,baju kurung nampak berbalam - balam suasana badan,adakah ianya sudah di kira menutup aurat?Jagalah agama islam kita,ikutlah hukum yang sebenarnya,takut nanti kita dikatakan ketam mengajar anaknya berjalan lurus,namun ibunya jalan menyongsong.
Itu baru dari segi pakaian,belum lagi fakta hukumnya contohnya, kenapa kita harus ikut idealogi yang menyatakan hukum poligami seharusnya mempunyai pendapatan bulanan hampir tiga ribu sebulan baru layak untuk dipertimbangkan permohonan tersebut.Kenapa tidak diketengahkan hukum Allah dahulu?Ada banyak lagi yang perlu kita ubah untuk kebaikan hukum dan sunnah,ada pendapat mengatakan,nak kawin di Malaysia susah,kawin di seberang senang,tetapi kena buat pengesahan di Malaysia di samping membayar denda kawin luar negara?Apakah hukum mengutip denda itu lebih besar fazilatnya dari menerangkan hukum Allah kepada mereka yang hendak berpoligami?
Hukum menyatakan soal keewangan itu tidak benar,apa salahnya terapkan subjet yang terbaik kepada si lelaki itu perihal kebaikan sunnah dan aturkan kelas pengajian kepada mereka,sekurang - kurangnya si lelaki itu boleh jadi imam kepada jemaah.Perkahwinan memang senang,tetapi urusan keharmonian rukun kehidupan itu sukar di capai.
Bila kita menjanakan soal keewangan dalam poligami,maka bagaimana pulak kehidupan para nabi?seolah - olah hukum poligami di Malaysia memihak kepada wanita.Padahal wanita yang bergelar isteri wajib patuh kepada suami selagi ia tidak bermaksiat suruhannya.
Cubalah pejabat agama yang ada di Malaysia ini ambil pengajaran,bukan kita semua hanya tahu menyebut solat,puasa,zakat dan haji sahaja.tetapi penerapan nilai - nilai taqwa tiada,setakat hendak kawin berkursus dan dapat sijil,itu tiada makna.Perbanyakkan ustaz - ustaz dari pondok dalam pejabat agama di Malaysia,yang pengajiannya berkitab kuning.Banyak terkandung dalam di dalamnya.Kitab mahimmah dan al iqnak banyak terurai masalah.Ini baru satu aspek di perbincangkan.Ada lagi yang perlu kita keutarakan...
bersambung.

Nine Siti

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak - anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh golongan kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih serta setia akan suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan bantal dan terkadang kala berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu Fatimah sehinggalah Ali telah memaafkan kamu.

3) Siti Aisyah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah yang amat romantik. Rela berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh akan suaminya dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.

5) Siti Mariam

- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri serta mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suaminya, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipalu oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias cantik bagi tatapan mata suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan ramai hanya kerana Allah s.w.t semata - mata.


Maka para wanita,jadilah salah satu antara siti tersebut,semoga kalian dirahmati Allah.Amin.

Pondok tauhid

Ini adalah sebahagian kitab yang perlu kita cari dan pelajari:

a) Kitab minhadjul Abidin
b) Kitab Futul Ghaib
c) Kitab Penawar Bagi Hati
d) Kitab Masalah Imam Dan Makmum
e) Kitab Bahrul Mahzi
f) Kitab Jauhul Marhub
g) Kitab Sirus Salikin
h) Kitab Hikam
i) Kitab Iqnak
j) Kitab Anak Kunci Ke Syurga
k) Kitab Asbabul Nikah
l) Kitab Tanbihul Ghafilin
m) Kitab Uquudu Lujain Fil Bayaain Huquuzzaujain
n) Kitab Nurul Ikhsan
Al Mulk
[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3]
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
[9]
Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
[10]
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
[11]
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
[12]
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18]
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20]
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
[21]
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
[24]
Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
[25]
Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
[27]
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
[28]
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
[29]
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
[30]
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".