Ikutlah kalam Allah

Banyak antara kamu bercerita hal yang bukan dari matlamat hidup kepada Allah,wanita dan lelaki bercerita hal kewanitaan dan kelakian,pada hal kamu wajib bercerita mengikut bicara kalam Allah,kamu alpa dengan asyik dunia,kerjaya kamu hanya berbicara hal sesama sendiri,kamu lupa hal bicara dalam Al quran.
Sebab itulah timbulnya fitnah,adu domba dan sebagainya.Berbaliklah kamu kepada jalan yang sebenar,berceritalah,bekerjalah dan beribadahlah kamu mengikut hadis dan kalam Allah.

Hubungan kamu

Apabila manusia itu banyak bergantung harap kepada manusia,maka sedarlah ia bahawa ianya sudah pun tidak dapat menjalankan amalan para nabi,kerana halangan dari bergantungnya kepada manusia,sebaliknya jika kamu bergantung harap kepada Allah,maka kamu sudah pun bebas dalam pergantungan manusia.Setiap amalan kamu akan diserahkan kepada Allah dahulu,jika kamu terus bergantung dengan Allah.

Itulah keadaan kamu..

Jika kamu mengatakan kamu berdaya untuk apa-apa saja,maka kamu sebenarnya tiada apa-apa,melainkan Allah jua yang menggerakan akan dirimu,tiada apa yang kamu ada,melainkan Allah jua segalaNYA,bahkan kelopak matamu jua Allah yang menggerakannya.Jadi siapa kamu yang sebenarnya?Jadilah hamba yang sebaik-baiknya kepada Allah. 

Perjalanan akal

Perjalanan kamu jika tiada jalan Allah,maka sesat yang kamu perolehi.Kematian yang mati mengikut nafsumu akan sia-sia.Akal yang tidak dimasuki nafsu beroleh kejayaan,iman menguasai akal,terhapus nafsu.

Hati tanpa jiwa akhirat

Bila kamu katakan kamu melihat,tetapi kamu tiada nampak hakikat kepada Allah,bila kamu katakan kamu dengar,tetapi kamu dusta mendengar hak dan hal Allah,bila mana kamu kata kamu bercakap,padahal kamu tidak berdepan dan berkata dengan kalam Allah.Sedarlah bahawa kamu telah pun bukan ahli dalam perangi badaniah di hati kamu,kamu juga bukan hamba yang cinta akhirat,bahkan kamu lupa bacaan ikrar dalam solat kepada penciptamu. 

Begini cara islam

Bila kamu nyatakan kamu islam,maka kamu harus dan wajib memahami bahawa islam adalah agama yang memerintah,bukannya di perintah.
Islam diletakkan di atas,bukannya di takluk oleh kamu,maka segala yang dinyatakan wajib kamu ikuti kerna kamu adalah insan yang bergelar hamba Allah.
Bila mana kamu mengucap kalimah syahadah,maka kamu sudah menjadi hamba yang bertanggungjawap terhadap segala yang terkandung dalam kalam Allah.

Di mana doa kamu

Kamu berdoa setiap hari,namun doa kamu banyak mengharap pada diri dan nafsu kamu,kamu tidak mendoakan pada hak Allah,kamu mohon bahagia dunia akhirat,tapi kamu melebihkan dunia dari akhirat.

Berhati dengan hati

Apa-apa yang berkaitan hati kamu dan kamu dapat merasakan bahawa perasaan itu bukan dari hati kamu,dan bukan pula dari kehendak Allah,jadi kamu wajib mengalihkan hal rasa itu serta membinasakan keadaan rasa itu dengan mengingati Allah.Sesungguhnya hal yang kamu rasa itu akan merosakkan hati kamu lantas mejahanamkan akal kamu kembali kepadaNYA.

Tauhidkan ikrarmu

Bila mana kamu mendapat sesuatu bencana dan ujian,maka kamu wajib fikirkan kepada Allah akan apa yang berlaku.Allah tidak mendukacitakan kamu,kerna Allah punyai sifat pengasih.Kamu harus fikirkan beberapa pekara yang baik atas apa yang berlaku,kerana setiap yang kita suka,Allah maha mengetahui bahawa itu tidak baik bagimu.Jika kamu tidak suka akan ujian dan bencana,maka kamu telah mendahulukan segala hak Allah.Rendahkan hatimu dengan tundukkan nafsumu.Matikan akal jahat kamu dengan ilmu tauhidmu,matikan niat jahatmu dengan fekah dan matikan perangai burukmu dengan tassawuf.