Ukur umurmu dengan hatimu

Sehingga mana kamu belum dapat mencari dan memahami serta memisahkan antara dunia dan akhirat,nafsu dan akal,iman dan dosa,ilmu dan jahil,syariat dan hakikat,syiar dan syariat maka ketahuilah olehmu bahawa walaupun tua usiamu namun muda hatimu.

Mengertilah wahai hati

Hendaklah kamu faham akan dihatimu bahawa ada yang Allah redha dan ada yang Allah izinkan kepadamu.Adanya kala Allah redha dengan usahamu tetapi tidak mengizinkan,boleh jadi menyusahkan hati dan dirimu kelak,ada waktunya jika kamu melawan kehendakNYA,maka keizinan diadakan olehNYA,tetapi ingatlah sesungguhnya DIA tidak redha.

Ingatkan hatimu

Berapa ramai di antara kamu yang berusaha berdoa dan meminta-minta padaNYA,tetapi berapa ramai pula yang berusaha untuk membuat sesuatu amalan agar Allah melihatnya.Kamu sebaiknya berusaha agar Allah lihat dan pandang padamu,bukan berusaha memohon sesuatu,kemaskan hatimu terhadapNYA,barulah kamu akan di beri sesuatu mengikut kehendakNYA.

Pupuklah hatimu

Pada peringkat kamu ingin mengenal penciptamu,kamu akan rasa suka mencari siapa penciptamu,kemudian kamu akan kenal penciptamu,selepas itu kamu akan merasai adanya Allah di hatimu.Maka  segala pandanganmu di dunia ini akan nampak semuanya hak dan kekuasaanNYA

Tanyalah hatimu

Jika kamu meninggalkan sesuatu pekara mahupun pekerjaan kerana Allah,maka kamu telah pun memahami dirimu terhadap tuhanmu,tetapi jika kamu meninggalkan sesuatu atau apa jua bukan kerana Allah,maka kamu akan ditinggalkan oleh Allah dan pekara atau sebarang pekerjaan itu.Umpamanya kamu meninggalkan satu pekerjaan itu kerana ianya melanggar hukum,maka kamu akan di uji dan diberikan kegembiaraan,sebaliknya jika kamu tinggalkan pekerjaan itu kerana dunia dan manusia,maka Allah dan seisi dunia meninggalkan kamu.Di kala itu maka matilah hatimu. 

Hidupkan hatimu dan tauhidkan padaNYA

Andaikata kamu merasa takut kepada manusia dan apa jua kekuasaan yang ada padanya,pakaiannya,pangkatnya, yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba tersebut,maka kamu telah memesongkan aqidahmu dari jalan yang benar.Sebaliknya kamu wajib taat dan takut kepada hukum Allah yang disampaikan oleh hambaNYA.
Ingatlah,kamu di larang sama sekali mengsyirikkan Allah.Wajib kamu takut dan gentar di hatimu hanya kepada Allah.

Jawaplah di hatimu

Apabila kamu bertanya di mana amalanmu,di mana pahalamu,di mana kebaikanmu,di mana kemulianmu maka tiadalah jawapan bagimu,tetapi jika kamu bertanya di mana dosamu,di mana dirimu maka kamu akan beroleh jawapan yang sememangnya kamu wajib faham pendirian hatimu di dalam dirimu terhadap tuhanmu.