SolatTahajjud

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

Tahajjud Sembuhkan Pelbagai PenyakitBerdasarkan kajian Prof Dr Mohammad Sholeh, seorang Psiko-Neuroimunolog / dekan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Surabaya.Solat tahajjud yang hukum asalnya sunat muakkad ( sunnah yang diutamakan ) dan menjadi amalan orang-orang soleh dahulu sangat memberi manfaat selepas dikaji secara saintifik.Solat ini bukan sahaja amal soleh yang menjadikan manusia terpuji di sisi Allah swt, tetapi juga mempunyai rahsia sebagai salah satu terapi dalam dunia perubatan.Tentu ada yang bertanya, apakah hubungan solat tahajjud dengan kesihatan.Sebenarnya, jika seseorang mengamalkan solat tahajjud dengan khusyuk, pelaksanaannya tepat dan dilakukan secara berterusan, maka akan wujud perubahan dalam diri mereka.Di dalam tubuh manusia terdapat satu sistem yang dikenali dengan imun. Imun ini berfungsi melindungi diri dari pelbagai patogen (parasit yang boleh mendatangkan penyakit) dan toksin (racun). Udara yang dihirup oleh manusia yang kelihatannya bersih sebenarnya mengandungi banyak virus.Seandainya Allah swt tidak mencipta sistem yang dikenali sebagai imun dalam tubuh manusia, manusia sudah meninggal sejak kecil lagi.Sistem imun terdapat 9 bentuk. Antaranya dikenali dalam ilmu perubatan sebagai hormone kortisol, eosinofil, neotrofil, sel-K, basofil, makrofag dan immunoglobulin (IgA, IgM, IgG, IgD dan IgE).Terdapat sel yang dikenali sebagai makrofag, diambil dari kata makro (besar) dan fag (pemakanan). Itu adalah sel yang berfungsi memakan sel lain yang tidak normal. Cara mengeluarkannya dari tubuh bergantung kepada psikologi seseorang.Maksudnya, dalam keadaan jiwa yang tidak tenteram seperti menghadapi anak yang nakal, isteri yang curang atau kerja pejabat yang bertimbun, ekonomi yang gawat menyebabkan seseorang mudah stress atau tertekan. Dalam keadaan seperti itu, jika gambar otak diambil, tekstur akan nampak kacau.Namun sekiranya mengamalkan solat tahajjud dengan khusyuk dan ikhlas, hormon-hormon yang ada dalam tubuh akan bergerak normal dan tenang. Ini kerana ia meletakkan Allah di atas segala-galanya.Jadi jika makrofag tidak seimbang dalam tubuh, maka akan datang bahaya. Malah hal ini menyebabkan tubuh seseorang berpotensi untuk menghidap kanser. Tetapi jika seseorang rajin mendirikan tahajjud, daya tahan tubuh meningkat dan boleh terhindar dari serangan penyakit.Dalam kajian saintifik, peningkatan keimanan mempunyai kesan langsung kepada keadaan tubuh seseorang. Jika imam seseorang meningkat, ia akan sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik. Maka seiring dengan itu, persepsi seseorang itu terhadap kehidupan akan menjadi lebih baik.Teori perubatan menyatakan kalau kortisol naik, maka imunologi turun. Sebab itu, jika seseorang tahajjud dengan baik dan ikhlas, keadaan jiwanya akan tenang dan hormon lain akan menjadi normal. Sebab itu di Barat, anak-anak kurang cerdas biasanya disuntik dengan campuran andrenocorticotropic hormone (ACTH) supaya membantu anak tersebut menjadi cerdik.Tetapi jika kita mengamalkan tahajjud dengan sempurna, secara automatik ACTH naik dan hal tersebut boleh membantu kecerdasan umat Islam.Berdasarkan kaedah perubatan inilah menunjukkan tahajjud menjadikan seseorang memiliki ketahanan yang baik.

Bersolatlah di belakang imam,sebelum anda disolatkan di depan imam..