Penuhkan hatimu

Keluarlah diri kamu sendiri dan serahkan,jiwa,roh dan jasad segalanya kepada sang Pencipta,penuhkan hati kamu dengan Allah.Hindarkan nafsu badaniah kamu dari memasuki ke dalam dirimu,hatimu setelah ianya kamu keluar.Fahamlah kamu akan hak Allah,dan bukannya faham akan hak kamu......


Berapa bilangan yang ada...

Di dalam mendirikan solat di mana-mana pun,sejemaah yang ada,berapa bilangan yang tidak mensyirikkan Allah,dalam satu saf,selagi segalanya tiada pada Allah di dalam dan di luar solat,maka berapa bilangan yang tiada syirik kecil pada dirinya.Selagi tidak hamba itu berkata segalanya hak Allah,maka tiada ertinya kamu menjadi islam.Tunduklah nafsumu kerana Allah,agar tiada islam baka.

Jenis Manusia

Manusia kalau tidak merasakan dirinya adalah hamba Allah,maka tindak tanduknya banyak menjuruskan kepada nafsunya dan dunia semata-mata.
Selagi manusia merasakan segala bentuk boleh dicapai,dan merasakan sempurna baginya,maka selagi itulah manusia itu tidak boleh mengaku hamba kepada Allah.
Sebaliknya manusia wajib merasakan hamba kepada Allah kerana kalau tanpa kuasa Allah,ketentuan Allah,kelopak mata pun belum tentu boleh di angkat sendiri,tanpa Allah yang mengatur segalanya.
Jadi di mana kamu tanpa Allah?Ikrar di lidah tidak ditasdiqkan di hati,punca manusia sukar mengaku dirinya hamba kepada Allah...fikirkan....