Bila mana kamu mendapat sesuatu bencana dan ujian,maka kamu wajib fikirkan kepada Allah akan apa yang berlaku.Allah tidak mendukacitakan kamu,kerna Allah punyai sifat pengasih.Kamu harus fikirkan beberapa pekara yang baik atas apa yang berlaku,kerana setiap yang kita suka,Allah maha mengetahui bahawa itu tidak baik bagimu.Jika kamu tidak suka akan ujian dan bencana,maka kamu telah mendahulukan segala hak Allah.Rendahkan hatimu dengan tundukkan nafsumu.Matikan akal jahat kamu dengan ilmu tauhidmu,matikan niat jahatmu dengan fekah dan matikan perangai burukmu dengan tassawuf.
Showing posts with label cinta akhirat. Show all posts
Showing posts with label cinta akhirat. Show all posts
Perangi masa kamu
Bila hati kamu banyak dipenuhi dengan kerja dunia,maka kamu
akan tahu bahawa penghayatan terhadap
kerja-kerja di jalan Allah akan tersekat lagi akan terhimpit.
Cubalah untuk masukkan kerja dunia itu ke dalam agama
kamu,bukannya kamu masukkan agama kamu ke
dalam kerja kamu.Ini bermakna wajib bagi kamu melebihkan akhirat dari
dunia.Demi masa manusia dalam kerugian,yang bersolat,berhaji,sedekah dan
berzakat,melainkan mereka yang beriman,beramal soleh,berpesan kebenaran dan
bercakap yang hak Allah kepada manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)