Renungan buat hatimu

Ramai daripada kamu boleh melakukan ibadah,namun berapa ramai jua di antara kamu yang dapat meninggalkan maksiat kepadaNYA.

Usrah hatimu

Banyak yang kamu minta pada Allah,tetapi janganlah kamu lupa mempertambahkan amalan yang sudah ada.

pesan hatimu

Kamu wajib mensyukuri bukan memungkiri,banyak nikmat dan ujian yg Allah berikan padamu.Jangan sehingga kamu di timpa kesusahan,barulah kamu berdoa sambil merayu dan panjang lebar doamu,sesungguhnya Allah telah menyindirmu tika dan saat itu.

berhati - hati nafsumu

Janganlah kamu dinasihati oleh nafsumu.

Jiwa hatimu

Kamu kenal pastilah akan hal yang menggelapkan hatimu kepadaNYA,maka kamu hindarkan agar kamu tahu akan bahayanya kepadamu.

Jagailah hatimu

Hati yang mati adalah yang banyak bersama duniawi,untuk menghidupkan hati yang mati,maka kamu ingatlah hal kematianmu.

Perhatikan hatimu

Berapa ramai yg bersolat,tetapi berapa ramai yg kembali bersolat dlm hidupnya selepas bersolat.Fahamilah solatmu secara hakikat.

Hati dan Minda

Bilamana kamu sudah kenal hakikat diri maka kamu perlu menjadi hamba yang arif dalam diri kepadaNYA,mengenal sifat dan af'aal tuhanNYA, serta asma',kenal zahir dan batin,tahu buruk dan baik,sama ketika suka dan duka,tidak pula suka bila di puji,tidak berasa sedih bila dikeji.

Antara hitam dan putih hatimu

Bilamana kamu merasakan seronoknya hal dunia,sehingga kamu tidak takut ancaman Allah,maka hitamlah hatimu,jika kamu merasakan sebaliknya maka benarlah bahawa kamu menggunakan dunia sebagai jambatan ke akhirat,berbahagialah kamu yang bergelar hamba Allah.

Hatimu dan pertolonganmu keranaNYA

Kamu faham akan kata nabimu bahawa Allah akan menolong kamu jika kamu menolong agamaNYA,hati kamu wajib memahami dan kenalNYA sesungguh-sungguhnya,kamu yakin di hatimu bahawa Allah lah penolong bagimu,namun adakah antara kamu yang benar-benar mengikut kata nabimu,dan apakah kamu sudah kenal Allah dengan sebaiknya?Hapuslah penghalang dihatimu yakni syirik,barulah kamu akan bersua jalan cahaya Allah.

Hati dan keikhlasanmu

Keikhlasan yang kamu tunjulkan ke jalan Allah dan kepada hak Allah,maka sesungguhnya kamu akan dicermin biaskan olehNYA kepada makhlukNYA,hanya hamba yang diberi dan mencari ilmu, akan mengetahui hakikat sebenar ke dalam hati setiap hambaNYA dan akan terpantul makrifatNYA.Ketaqwaan dan keikhlasan terhadap Allah serta mencari keredaanNYA adalah hamba Allah yang disukaiNYA.

Hati dan nafsumu

Sekiranya kamu bermohon,berbicara atau berkata-kata,maka hendaklah kamu dahulukan hak Allah,bukan dari hati yang penuh dengan nafsumu.

Hak Allah di hatimu

Selalulah kamu ingatkan hatimu bahawa setiap pemberian itu adalah hak Allah kepadamu.Janganlah kamu berkata atas kehebatanmu,kelebihanmu namun kamu wajib buangkan segala perkataan dan pandangan akan segalanya dirimu,sebaliknya kamu harus faham bahawa Allah yang memberi akan hakNYA kepadamu sebagai ujian atau rahmatNYA.Bantulah agama Allah jika apa-apa yang berlaku di hadapanmu,umpamanya jika kamu memberi makan,atau pertolongan  kepada hambaNYA,berikan mengikut apa yang dikurniakan kepadamu dengan ikhlas tanpa ada keraguan dan kejahatan nafsu di hatimu.

Pandanglah mata hatimu akan kehebatanNYA,jika kamu pandang dengan keangkuhan hatimu maka kamu telah pandang pada musuh yang nyata,yakni iblis.

Tetapkan kalimah di hatimu

Bila mana di uji dengan sesuatu yang kamu tidak suka atau tidak kena dengan nafsumu,maka pantaslah kamu ingatkan di hatimu bahawa Allah ada bersamamu dan nabi Muhammad itu kamu turuti akhlaknya,maka beruntunglah kamu jika kamu ikhlas keranaNYA.Sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran yang besar kepadamu.Kamu akan mendapat ganjaran dan kebaikkan sewaktu di uji dan selepas di uji.Hanya dengan mata hati yang bercahaya dengan taqwa akan dapat melihat kehebatan Allah. 

Santuni hatimu

Lahirkan kata-kata,nasihat atau pengajaran melalui hati yang baik,bukan melalui bisikan kesyirikan,jika ini terjadi maka sesungguhnya kamu belum lagi  memahami diri sebaiknya,apatah lagi hak Allah.

Pandanglah dengan hatimu

Sesungguhnya manusia yang berharap selain Allah,maka tingkahlakunya,perbuatannya,percakapannya ternyata hanya untuk hiasan dunia,hatinya tetap kepada cara dunia,walaupun solatnya,puasanya menampilkan keislamannya,namun jiwanya,rohnya tetap berkeyakinan dunia.Hanya insan yang takut akan kesyirikkan nyata dan tersembunyi kepada Allah serta kenal ilmu diri dapat mengenal manusia yang berjiwakan dunia.

Muhasabah di hatimu

Sesungguhnya fahamlah di hatimu akan diri kamu yakni bahawa,bilamana kamu kenal akan ilmu tasawuf,maka akan tertunduklah nafsumu kepadaNYA,jikamana kamu kenal akan ilmu fekah,maka terkawallah nafsumu,dan jika kamu faham,kenal tahu ilmu ketauhidan pada yang Esa,maka akan mati dirimu serta nafsumu.

Ujian di hatimu

Sewaktu kamu memohon supaya Allah redha akan kamu,sebelum itu kamu wajib redha apa yang sudah ada padamu,yakni janganlah kamu merungut atau tidak puas hati dengan apa yang ada.Sebaliknya memohonlah dengan hati yang telus lagi ikhlas.

Petanda hati

Setiap yang kamu rasa,gembira,sedih,duka,suka adalah dari Allah,maka kamu harus memahami bahawa setiap detik kamu wajib adanya Allah di dalam hatimu,tidak ada perkataan yang sudah dilakukan atau belum dilakukan tetapi kamu harus senantiasa berada atau duduk dalam keadaan adanya Allah,samada berpuasa,solat,zakat dan haji.Berterusan kamu ingat kepadaNYA.Bukan kerna dipaksa dan terpaksa,tetapi kamu wajib kerna kamu hambaNYA..

Detik rasa di hati

Jika kamu benar-benar kenal diri dan memahami hak Allah terhadap akan dirimu,maka kamu akan dapat merasa di hati akan hamba Allah lain jika hamba Allah itu suka,benci, atau berpura-pura terhadap dirimu walaupun dengan senyuman.Sesungguhnya beruntung kamu kerna kamu terhindar penyakit dunia dan hati,yakni buruk sangka,fitnah dan adu domba.