Selalulah kamu ingatkan hatimu bahawa setiap pemberian itu
adalah hak Allah kepadamu.Janganlah kamu berkata atas kehebatanmu,kelebihanmu
namun kamu wajib buangkan segala perkataan dan pandangan akan segalanya
dirimu,sebaliknya kamu harus faham bahawa Allah yang memberi akan hakNYA
kepadamu sebagai ujian atau rahmatNYA.Bantulah agama Allah jika apa-apa yang
berlaku di hadapanmu,umpamanya jika kamu memberi makan,atau pertolongan kepada hambaNYA,berikan mengikut apa yang
dikurniakan kepadamu dengan ikhlas tanpa ada keraguan dan kejahatan nafsu di
hatimu.
Pandanglah mata hatimu akan kehebatanNYA,jika kamu pandang
dengan keangkuhan hatimu maka kamu telah pandang pada musuh yang nyata,yakni
iblis.