Memahami hati ke jalanNYA

Pabila kamu mempunyai hati yang ingin ke arah Allah,maka kamu dapat mengenal diri dan insan lain melalui pandangan mata hati,kamu hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada Allah di dalam hati kamu.Maka kamu dapat kenal insan yang mana syariat dan yang mana hakikat perjalanannya kepadaNYA.Kamu hendaklah ingat bahawa amalan yang berlandaskan syariat dan syiar pada diri kamu,kamu tidak sampai ke mana pun,dan kamu tiada mata hati.