Siapa imam kamu


Banyak jalan akhirat yang kamu boleh ambil,tetapi kamu masih jua hendak mencari yang kepalsuan,kamu faham bahawa dunia hanya pinjaman,tetapi yang pinjam itu kamu berusaha sungguh untuk capai matlamat kamu hanya dunia semata-mata.
Kamu letakkan nafsu sebagai imam kamu,kamu buang akal dan iman sebagai makmum kamu.Fahamlah bahawa kamu telah sesat jalan ke akhirat.

Tanda kamu kenal diri


Sekiranya kamu tidak merasakan dunia ini tidak memberi apa-apa keuntungan melainkan ingatan kamu hanya kepada Allah semata-mata,maka untunglah kamu,kerana kamu sudah kenal diri dan kenal Allah.Dunia ini kamu jadikan sebagai jambatan untuk ke akhirat.Jangan kamu jadikan dunia ini sebagai jambatan untuk nafsu kamu.

Jalan kembali


Apabila kamu menjangkau umur lewat 40an,maka tolehlah kamu ke belakang kembali,lihat apa yang kamu kerjakan selama ini.Adakah ianya berfaedah atau sebaliknya,tetapi jika kamu kekal jua dalam erti tidak mahu berubah dan memahami kehendak hidup sebagai hamba kepadaNYA,maka kamu akan kekal dalam kejahilan dan kesesatan.

Dirimu dan jalanNYA

Dalam kamu mencari yang berharga untuk diri kamu,maka kamu jua harus ingat bahawa kamu jua wajib mencari untuk ke akhirat.Kalau jalan yang kamu ambil itu hanya untuk dunia sahaja,maka kamu hentikan,sebaliknya carilah jalan yang ke arah akhirat dahulu baru ke dunia.

Taat sajalah kepada Allah

Kamu katakan yang Allah mengatur hidup kamu,tetapi kamu cuba juga hendak melawan konsep ketuhanan,kalau benar kamu kata Allah segalanya,maka taqwa sajalah kamu kepadaNYA.Kenapa membuang masa untuk tidak taat kepada Allah.Carilah Allah.

Duduk dalam solat

Hal ini jika kamu faham akan diri kamu kepada Allah,maka sejahteralah kamu sebagai hamba Allah yang sejati,kamu hendaklah memfokuskan nikmat kehidupan ini kepada Allah semata-mata.
Fahamlah kamu bahawa duduk dalam solat itu adalah mengingati Allah sentiasa dalam hidup kamu.
Jadi setiap pekerjaaan kamu dan perbuatan kamu hendaklah senantiasa dalam patuh dan tunduk kepada Allah.

Bagaimana kamu takut kepada Allah...

Kamu kata kamu takut kepada Allah dan kamu kata kamu amat merasa nikmat Allah.Benarkah?
Manusia akan merasa takut,taat,tunduk,nikmat kepada Allah hanya selepas di uji.Sepatutnya kamu merasa dahulu sebelum kamu di beri ujian,bala dan seumpamanya.Ini baru hamba yang sejati.

Kamu kata yang kamu sudah beriman,dan faham diri kepada Allah,tetapi kamu masih lagi bermaksiat kepada Allah,Allah bukan untuk dimaksiati,tetapi untuk di taati.
Kamu rasa akan Allah pandang kamu bila kamu kesunyian,bila ada kematian,bila ada sesuatu pemberian baik yang kamu terima.
Tidak malukah kamu,sepatutnya kamu merasakan takut sentiasa kepada Allah,dan selalu ingat bahawa Allah pandang kamu?

Fikirkan..bila kamu berkejaran pada dunia,maknanya kamu wajib tahu di mana pula akhirat kamu.