Begitulah Indahnya Islam

Sesengguhnya bila kamu berbicara dengan orang-orang yang tiada Allah di hati mereka,maka hendaklah kamu diam berbicara apabila mereka mula memarahimu,mencerca hukum Allah,menghina hukum Allah.Itulah kesempurnaan diri kamu,sebaliknya kamu berdoalah agar Allah mengampunkan dosanya serta memberi petunjuk hidayah semoga mereka beroleh kebaikkan.Maka kamu akan lebih terasa bahawa kamu akan menilai diri kamu kembali kepada Allah.

Hawa Nafsu mu Di Mana...

Hawa nafsu manusia kalau islam baka,maka manusia ini tidak dapat memastikan bahawa ada nafsu yang terlarang,yang mereka faham hanya nafsu besar sahaja,iaitu amarah,tetapi mereka melakukannya jua.


Manakala nafsu peringkat lawamah,hanya dikenali oleh mereka yang cuba mendekatkan diri kepada Allah,iaitu islam baka yang cuba memahami diri dan mencela diri bila hendak melakukan yang mungkar,tetapi masih lagi memengang amalan hawa nafsu yang tersembunyi.Masih lagi tidak dapat menyelam hukum Allah sepenuhnya.
Masih lagi belum faham keadaan diri dan pencipta.

Hanya manusia yang islam bakanya hilang terus,lenyap dari jiwanya barulah dia memahami apa itu tingkatan nafsu.Bagaimana nak menghilangkan islam baka?Atau apa itu islam baka?Islam baka adalah manusia yang dilahirkan dalam kelompok nur islam,di mana rohnya dicampakkan ke dalam rahim seorang islam,maka bila dilahirkan,manusia itu adalah berketurunan mengikut keturunannya,tetapi islam yang di bawa oleh ibunya tadi dengan rahmat Allah,maka ia beragama islam,tetapi manusia ini tidak mahu mendalamkan ilmu tauhid,fiq hadis dan sebangainya,maka jadilah ia islam baka.

Islam baka ini tidak faham kenapa perlu solat,mereka hanya melakukan saja,tanpa kaji dan faham hakikat solat.Ini baru bab solat,belum lagi bab lain.

Kamu faham dan cari serta kaji,berapa ramai islam baka di sekeliling kamu.

Maka disarankan di sini,carilah guru atau ustaz yang benar-benar zuhud kepada Allah,bukan pada ustaz atau guru yang cintakan dunia,baru kamu akan faham apa itu islam yang sebenarnya,bukan ustaz atau guru yang ada sijil dan tauliah,tetapi guru atau ustaz yang berkeyakinan dengan hukum Allah dalam Al – quran,yang tidak menolak langsung apa yang Allah khabarkan,umpamanya persoalan hudud sebagai contoh.
Hudud ciptaan Allah.

Di sini disusunkan peringkat hawa nafsu untuk di kaji.

Nafsu Ammarah @ Tirani

Nafsu Lawamah @ Penuh Penyesalan

Nafsu Mulhamah @ Terilham

Nafsu Muthmainnah @ Tenteram

Nafsu Radliyyah @ Redha

Nafsu Mardliyyah @ Diredhai Tuhan

Nafsu Kamilah @ Suci

Mengenai roh dan jasad


Di mana kamu meletakkan nilai roh kamu di hadapan Allah dan bagaimana kamu menilaikan jasad kamu di mata manusia,jika kamu sendiri tidak berharap dan bergantung segalanya kepada Allah?
Umpamanya: kamu lihatlah dengan mata kamu akan hal orang-orang yang mengerjakan haji atau umrah,adakah mereka itu pada pandangan umum ia mendapat sesuatu dari hajinya?fikir dan muhasabah diri kita masing-masing.

Kamu katakan Allah itu Esa,tapi setiap amalan kamu disusuli riak dan khurafat,kamu bersolat tetapi kamu memandang selain Allah,jadi bagaimana kamu menilaikan jasad kamu kepada manusia yang lurus jalannya kepada Allah,sedangkan apa yang mereka pandang kepada diri kamu,masih lagi memungkarkan diri kepada Allah?
Umpamanya: kamu mengerjakan haji dan umrah atau berulang alik ke masjid pada setiap waktu,tetapi jiwa kamu goyang dengan hukum Allah,hudud ciptaan Allah,tetapi kamu tidak mahu mendalaminya,mengkajinya dan menurutinya.Dengan riak kamu katakan,mana boleh jalankan hudud,tidak sesuai dengan masa sekarang atau apa-apa saja yang tidak menyokong kepada hukum Allah.


Kamu katakan Allah mengatur segalanya kepada kamu,tetapi kamu selalu memikirkan satu-satu kejadian yang berlaku kamu hendak juga membetulkan pada nafsu kamu,adakah kamu masih dalam pengakuan yang kamu ucapkan kepada Allah bahawa Allah segalanya?
Kamu fikirlah dan renungkan contoh perumpamaan di atas tadi untuk menjadikan akal dan jiwa kita sentiasa mengkaji hukum dan perintah Allah agar kita bergantung terus kepada Allah.

Bila kamu tunduk segalanya kepada Allah,maka roh dan jasad kamu akan ada nada ketaqwaan dan terwujudlah kebaikkan yang kamu tidak tahu tetapi akan diketahui oleh umum,ini maknanya di mana kamu nilaikan jasad kamu kepada manusia,tetapi kamu tidak akan tahu sama sekali,hanya Allah yang menganugerahkan kepada pilihanNYA.