Di mana Hak Anda?Benarkah?

Di mana hak kamu?Apa hak yang kamu ada?Dan hak apa yang kamu kehendaki?Serta apa yang kamu dambakan teramat sungguh akan hak kamu?Ingatlah,pada mata kasar pun kamu hanya dibekalkan hak mengantuk di malam hari dan hak lapar di siang serta malam.Itu pun Allah jua yang memberi rasa dan nikmat.Apakah kamu masih lagi mengatakan itu hak kamu?Kamu tiada apa satu pun yang menjadi hak kamu,melainkan hak Allah semata-mata.

Jadi di manakah hak kamu?Maka seharusnya kita laluilah jalan yang telah ditunjuki para nabi serta menjadi tarikat kehidupan kehambaan yang sebenar kepada Allah S.W.T.

Jadilah manusia yang bernama hamba yang sejati kepada Allah,gunakan hak-hak yang diberikan dengan betul kejalan Allah,kerana Allah jua yang memiliki segalanya.



Allah Di Hadapan

"Janganlah kamu meletakan Allah( hukum Allah dan segala perintahNYA ) hanya di hadapan kamu dan manusia semata - mata hanya tuntutan nafsu kamu,sebaliknya letaklah Allah ( hukum Allah dan segala perintahNYA ) di hadapan kamu dan manusia dengan mengikut segala hak Allah."

Renungkanlah adakah selama ini kita begitu dengan Allah?Atau dek kerana kejahilan mencari ilmu,kita tersadung dan terheret ke kancah lereng kekufuran?

Contohnya,cuba bayangkan satu perintah Allah untuk kita lakukan,umpamanya perkahwinan.
Adakah kita hanya berirama dengan hukum hakam islam sahaja untuk mencapai nafsu kita?Seolah - olah kita    hanya menggunakan hak Allah atau hukum Allah untuk waktu itu sahaja,selepas majlis akad nikah,maka hukum Allah pun tamat untuk kita laksanakan atau dituruti.Beginikah yang di ajar oleh nabi kita?
Kehidupan selepas perkahwinan nanti tidak pula mengikut hukum atau hak Allah.Bersolat,berhaji,berzakat,berpuasa itu sudah menjadi kewajipan bila kita bernama ISLAM,yang menjadi persoalannya,adakah hukum sewaktu akad nikad itu kita laksanakan?Apakah sunnah nabi wujud selepas kawin?Apakah kita akan lebih beriman dan takutkan Allah?Adakah kita terutamanya lelaki akan menjadi ketua atau layak bernama pemimpin?Dan wanita yang dikahwini,adakah layak menjadi ratu sang Balkis kepada As Sulaiman? Fikir dan kajilah sesama kita untuk kebaikkan.Ini baru persoalan pernikahan,belum lagi soal hukum dan hak Allah yang lain.

Syiar,syariat dan hakikat serta maqrifah

Allah Huakbar,dengan nama Allah yang maha pemurah di negeri duniawi dan amat penyayang di negeri akhirat.Bagaimana kita mengenal perjalanan yang benar dalam perjalanan peribadatan kepada Allah?
Permulaannya di syiar,dalam hal ini,kita harus sahihkan setiap yang didengari itu datangnya dari hadis dan Al quran,kedua melakukan sebarang ibadah itu dengan adanya pertunjuk yang jelas dari sumber hadis dan Quran,bila melakukan maka ianya di sebut syariat,syariat wajib kita laksanakan,untuk mencapai perjalanan seterusnya kepada hakikat.
Bagaimana pula dengan hakikat?
Hakikat ialah sesuatu yang perlu didekati dengan tauhid yang mendalam kepada Allah,sebab itu ramai antara kita hanya menjadi islam baka sahaja,yakni melakukan segala ibadah hanya menurut dan hanya kerna kita di lahirkan dalam keluarga islam.Jadi segala perbuatan itu hanya tiru atau berlakon,tanpa kenal betul-betul hak Allah.
Dewasa ini ramai yang mengejar bayangan mencari jalan kepada Allah atau belajar ilmu hakikat,tetapi mereka tidak kenal diri mereka dan hak Allah.Dalam berhakikat inilah ada sesetengah manusia menjadi kafir.
Hal ini berkait rapat dengan tingkatan nafsu.Maka seharusnya kita belajar dahulu syariat mengawal nafsu.
Islam itu syumul dan amat berbahagia serta terlalu tenteram,kenapa kita tidak ikut perjalanan para nabi-nabi dan ulamak?
Bagaimana pula dengan maqrifah?
Untuk mengenal maqrifah kita seharusnya berada pada situasi yang benar,pertama kenal diri,kenapa kita dilahirkan,kenapa kita dimatikan oleh Allah,kedua menjalankan segala amalan dengan kenal betul-betul hak Allah,ketiga mengaji dan mengkaji segala bentuk fekah terutama hal nafsu,makan minum,serta belajar sunnah para nabi,keempat memahami jenis jenis ilmu yang disampaikan,yang mana tauhid,yang mana fekah,yang mana tasawwuf,kelima memahami lima hukum dan meletakkan pada yang benar mengikut Al quran yakni halal,haram,sunat,makruh,harus,celik sahaja mata anak adam ini maka lima hukum tetap mengikutinya,sehinggalah terpejam lena.Keenam wajib tidak mengsyirikan kepada Allah walaupun dengan pemikiran,apatah lagi dengan perbuatan dan percakapan.Ketujuh carilah guru atau ustaz yang mursyid yakni  mementingkan kezuhudan kepada Allah dan mengira pandangan Allah,bukan pandangan manusia.
Ini adalah sebahagian sahaja dipaparkan,carilah dan kejarlah dan dekatilah diri kita kepada Allah.Allah ditaati bukan dimaksiati.Semoga dengan sedikit perantaraan ini,kita sama-samalah mencari keredaan Allah.
Kajilah kenapa para ulamak termasuk imam-imam berempat mencari ilmu melebihi dari satu guru?Mereka ingin mencari keredaan Allah dan menjadi hamba Allah,bukan menjadi manusia,tetapi hamba Allah yang sejati.